Wednesday, 9 September 2009

Muhasabah diri pelengkap kehidupan

Salam semua. wah tajuk blog dah cm best je kan..hahahah..tapi takde la kaitan mane sgt pn..cuma tadi tgh baring2..sambil terfikir kan sesuatu bende yang sgt la menarik..

saya terfikir..kenapa ya manusia kadang kala sanggup menidakkan kata hatinya semata-mata untuk mengikut kata-kata orang lain. dan penamatnya diri sendiri tidak berjaya menggapai apa yang diimpikan. setengah manusia tu dgn pasrahnya berkata "tidak mengapa..takdir tuhan mungkin ada hikmah disebaliknya". tapi kawan2, sampai bile perlu kita bergantung dengan kata-kata sedemikian? ya benar, kata-kata tersebut mampu menyedapkan hati kita tapi pernahkah kita terfikir hanya kerana untuk menyedapkan hati, impian dan cita-cita kita terkubur begitu sahaja.

lantas usaha sebenarnya adalah kunci kepada penaklukan cita-cita kita. pedulikan..nyahkan..oh ada satu perkataan lagi best.."persetankan"...*hahaha* kata-kata sekeliling, buat apa nak di ambil tahu kata mereka. bkn nya mereka yg tlg jawab exam kita nanti..betul tak? hahaha merapu sudah ni...

anyway the key point here is, to all my friends, brothers and sisters, let us think...kehidupan kita biarlah kita yang tentukan sendiri hala tujunya..tak perlulah ada kuasa asing ingin campur tangan dan memberi telunjuk kepada kita. ini umpama minda kita dijajah dan kita tidak bebas mencorakkan hidup kita pada masa depan.

dalam erti kata lain, meskipun jatuh bangun kita kelak, sekiranya semua usaha tersebut atas bahu kita sendiri tanpa mengharapkan orang lain. kemanisannya adalah amat berbeza. sekiranya kita berusaha sendiri, mencorakkan hidup kita sendiri, seandainya kita jatuh sedalam laut Merah sekalipun tetapi kita dapat merasa betapa berbaloinya apa yang kita telah usahakan.

ok tu je nak cakap. nak sambung buat report yang tidak berkesudahan. salam semua (*_*)

2 comments:

  1. betol!!!!! penat kot layan mulut manusia nih. baek aku layan lab report tercinte... hehe

    ReplyDelete